Mampukah kita?
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa manusia sering alpa dan leka dengan nikmat
dunia yang bersifat sementara. Beliau berkata saban hari bumi sentiasa berkata
saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia dan mengingatkan manusia
akan usia mereka yang semakin dekat ke penghujung kehidupan dan peringatan
supaya anak Adam merenung jumlah amalan mereka untuk dijadikan bekalan selepas
MATI.
Katanya sesungguhnya, setiap hari bumi menyeru kepada manusia dgn 10 perkara:-
1.Wahai anak Adam!! Berjalanlah diatas perutku, tetapi ingat engkau akan
dimasukkan kedalamnya kelak!
2. Engkau melakukan maksiat diatas belakangku, tetapi ingat engkau akan diazab
dalam perutku.
3. Engkau ketawa diatas perutku, tetapi ingat satu hari nanti kau akan menangis
didalam perutku.
4. Engkau bergembira diatasku, tetapi ingat satu hari kelak kau akan kecewa dalam
perutku.
5.Engkau mengumpul harta diatas belakangku, tetapi suatu hari kelak kau akan
menyesal kerana tidak mengumpul amal kebajikan waktu didunia dalam perutku.
6. Engkau makan benda yag haram diatasku, tetapi ingat kel;ak engkau akan
dimakan oleh ulat didalam perutku.
7. Engkau angkuh dan sombong diatasku, tetapi ingat kelak engkau akan dihina
dalam perutku.
8. Engkau berlari dgn riang diatasku, tetapi ingatlah engkau akan jatuh dalam
keadaan dukacita dalam perutku.
9. Engkau hidup bersiram cahaya matahari,bulan dan bintang diatasku, tetapi
ingat kelak kau akan tinggal dalam kegelapan dalam perutku.
10.Engkau hidup diatasku beramai2, tetapi ingat satu hari kelak kau akan
berseorangan dalam perutku.
Ingatilah bahawa kehidupan kadangkala apa yang kita anggap kita mampu buat bukan lah seperti yang kita fikirkan... Tapi seandainya apa yang kita tak mampu
kita cuba dan berjaya itulah bukti kasihnya yang esa kepada umatnya...
Peringatan untuk diriku, ku kongsi bersama~ (^^,)