assalamualaikum w.b.t
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihak SPR tidak akan tunduk pada mana-mana pihak berhubung tuntutan 8 perkara yang dikemukakan.
macam angkuh je bunyinya..huhu
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berkata, kenyataan Abdul Aziz tu hanya akan menambah lagi pandangan buruk pelbagai pihak berhubung pengendalian SPR.
SPR kata masih ada ruang untuk parti pembangkang untuk hebah menifesto melalui akhbar masing2..tapi xder pun cakap boleh melalui media rasmi seperti RTM, Bernama..huh! apakah itu? ohhh..itu lah keadilan rupanya..adil bg kedua-dua belah pihak..hehe..adil ke?
ada jugak rakyat menyuarakan tuntut semua media rasmi buat liputan seimbang..tapi? ada hasil?
pelikkan? anda fikir,anda cari, anda buktikan. mana perginya kebenaran,kejujuran.
apakah petanda ini? kenapa perlu takot dan gentar? bongkak sendiri tanpa pedulikan rakyat..
kalau perkara ni tidak dibetulkan dan berterusan apa nasib rakyat2 Malaysia ini?
dipermainkan dan diperbodohkan macam tu saja
mereka perlu ingat..ini zaman budak2 muda tak bodoh dan tak buta
segalanya boleh dinilai..tengok dalam media lain, hakikatnya lain..
kalau dulu ye, apa yg di tv khabarkan, itulah yg kita percaya
tapi sekarang, kt tv kuar, kt tempat lain orang dah boleh tau betol ke tak citer tu..huh.