Showing posts with label taman tasik titiwangsa. Show all posts
Showing posts with label taman tasik titiwangsa. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

Terubat juga walau hanya seketika...

Semalam aku sempat berjumpa dengan ummi tercinta sekejap di Taman Tasik Titiwangsa. Ummi datang sini bersama rombongan adik bongsu aku untuk program Dunia Seni Silat Melayu. Program yang mengumpulkan kesemua jenis silat yang ada di Malaysia. Banyak juga jenis-jenis silat yang ada di Malaysia ni rupanya. Macam-macam gaya pakaian dan persembahan yang baru pertama kali aku tengok. Kalau yang popular seperti Silat Gayong dan Cekak Hanafi tu biasa la tengok.. hehe (^_^)

Yang tak berapa bestnya, aku kerja semalam, aku kena kerja di hari yang sepatutnya aku cuti. hmmmm.. Jadi, lepas waktu kerja baru aku kesana. Aku dah suruh wife bawa Zayyan kesana dulu, aku mengusul lepas wakti kerja. Sempat la tok ummi main dengan Zayyan lama sikit. Pukul 4.30 petang camtu baru aku sampai sana. Sekejap je aku sempat lepak dengan ummi. Sedih  (-_-)

Sembang-sembang kejap, kul 6.30 petang rombongan dah nak bergerak balik. 

# Maaf ye ummi, aku 'terpaksa' kerja penuh bulan Mac ni, tak dapat balik kampung seperti yang dijanjikan. Anakmu berkhidmat untuk negara. Sangat sedih bila bos kata "sayangnya takde orang pandang".. But bos, its okey! sokkey ! kita enjoy,chill, redha ja.. semuanya akan okey (^_^)





Friday, December 6, 2013

Riadah di Tasik Titiwangsa

Lama dah tak bawa Zayyan ke taman.. asyik dok rumah je kan, kesian anak abah bosan tengok benda yang sama je. Ni abah bawa Zayyan gi main taman ye.. kita gi riadah di Taman Tasik Titiwangsa...

Pancit gak aku kejar Zayyan, adeh!!! 





















Saturday, July 6, 2013

Video : Sepetang di Tasik Titiwangsa




Angah teringat kata-kata seorang ustaz ni "Sibuk macam mana pun, amik lah masa untuk bersama anak". Haritu sempat Angah bawa anak beriadah di Tasik Titiwangsa. Saja bawa Zayyan tengok dunia luar. Berkembang sikit otak.. hehe. Lagi pun dapat tengok apa reaksi dan gelagat anak bila di tempat macam tu.

Setakat sekarang ni, takde la banyak ragam sangat Zayyan. Dia duduk diam jer.. tengok orang sana sini.. macam geram pun ada gak.. belum boleh jalan lagi.. nanti dah dapat kaki tak tau la kan.. jenuh pula abah dan ibunya nak mengejar.. hehe (^_^)





Tuesday, July 2, 2013

Zayyan Pertama Kali Naik Buaian

Hari minggu lepas, Angah sempat bawa anak dan isteri beriadah dia Taman Tasik Titiwangsa. Dekat je dengan rumah Angah. Ini juga kali pertama bawa Zayyan ke taman. Reaksinya memang nampak sangat perak atau 'jakun' bahasa utara..hehehe. Baru pertama kali pergi taman, ramai orang pulak tu.. tercangak-cangak Zayyan dibuatnya.

Kat Taman Tasik Titiwangsa ni ada buaian untuk budak kecil. Jadi Angah pun cubalah untuk Zayyan.. Tengok video ni ye ~ weeeeeeee  (^_^)







Sembilan bulan sudah...

Sekian lama tak update blog ini.. huh! kekangan masa yang terlalu padat membuatkan blog ini terbiar.. Pejam celik dah sembilan usia putera sulungku Muhammad Izz Zayyan Rizqi. Sekejap je masa berlalu.. Dah bulan Julai pun sekarang.. minggu depan dah mula puasa. Selamat menunaikan ibadah puasa pada semua umat Islam.