Showing posts with label tarbiyatul aulad. Show all posts
Showing posts with label tarbiyatul aulad. Show all posts

Friday, November 2, 2012

Tanggungjawab Pendidikan Iman

Adalah menjadi kewajiban pendidik iaitu ibubapa untuk membesarkan anak atas dasar pemahaman dan dasar-dasar pendidikan iman dan ajaran Islam sejak dari mula dilahirkan. Yang dimaksudkan dengan pendidikan iman adalah mengikat anak dengan dasar-dasar iman,rukun Islam dan dasar-dasar syariah sejak anak dilahirkan hinggalah anak mula mengerti dan dapat memahami sesuatu.

1. Buka Kehidupan Anak Dengan Kalimah La ilaha illallah.
     "Bacalah lepada anak-anak kamu kalimat pertama dengan la ilaha illallah(tiada tuhan selain allah)" (Al-Hakim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a dari Nabi Muhammad s.a.w)

Tujuannya agar kalimat tauhid dan syiar Islam adalah perkataan pertama yang didengari anak. Kemudian anak diazankan ditelingan kanan (lelaki) di iqamahkan ditelinga kiri (perempuan). rujuk SINI -kenapa perlu azan bayi baru lahir.

2. Mengenalkan Hukum-hukum Halal Haram Pada Anak.
Dari sejak anak dilahirkan sehingga anak mengenal dunia, ibubapa wajib mengenalkan hukum Allah pada anak. Ini amat penting agar ketika anak membesar, anak kenal apa yang disuruh dan diperintah oleh Allah dan dia segera melakukannya. Apa yang dilarang,ditegah oleh Allah, dia menjauhinya. Apabila anak sudah baligh, anak sudah memahami hukum halal haram dan telah terikat dengan hukum-hukum syariat.

     "Taatlah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan kerana hal itu memelihara mereka dan kamu dari api neraka" (Ibnu Jarir dan Ibnu 'l-Mundzir meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a)

3. Menyuruh Anak Beribadah Pada Usia 7 Tahun.
Tujuannya agar anak sudah biasa untuk melakukan amal ibadah kepada Allah. Disamping itu anak mendapat kesucian roh, kesihatan jasmani dan kebaikan akhlak dalam ibadah.

     "Suruhlah anak-anak kamu menjalankan ibadah solat bila mereka sudah berusia 7 tahun. Dan jika mereka sudah berusia 10 tahun, maka pukullah mereka jika mereka tidak mahu melakukan ibadah solat dan pisahkanlah tempat tidur mereka" (Al-hakim dan Abu Daud meriwayatkan dari Ibnu Amr bin Al-'Ash dari Rasulullah s.a.w)

4. Mendidik Anak Mencintai Rasul, Ahli Baitnya dan Membaca Al-Quran.
Tujuannya agar anak mencontohi perjalanan hidup dan jihad mereka. Selain itu, agar anak tahu sejarah mereka, baik dari perasaan mahupun kejayaan,termasuk keterikatan mereka terhadap Al-Quran.

     "Didiklah anak-anak kamu pada 3 perkara : mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singgahsana Allah pada hari tidak ada perlindungan selain dari perlindunganNya beserta para Nabi-Nya dan orang-orang yang suci" (Ath-Thabrani meriwayatkan dari Ali ra bahwa Nabi bersabda)


sumber : Google Image



P/S : para ilmuan,guru, betulkan saya andai saya salah tulis, hasil bacaan saya dalam Kitab Tarbiyatul Aulad Jilid 1, sy logkn di blog ini untuk rujukan saya (^^,)



Wednesday, October 17, 2012

Perkahwinan Merupakan Kepentingan Sosial

Sekadar perkongsian ilmu buat diriku dan untuk semua, pada yg belum berkahwin mahupun yang dah mendirikan rumah tangga. Sumber bacaan, Kitab Tarbiyatul Aulad Jilid 1, Abdullah Nashih Ulwan.

Sebagaimana kita tahu, perkahwinan ini banyak kepentingan dan manfaatnya, baik dalam Islam atau mana-mana agama sekalipun.

1. Memelihara Kewujudan Jenis Manusia
Dengan perkahwinan kewujudan manusia akan tetap berterusan sehingga masa yg Allah tetapkan. Dengan perkahwinan terdapat suatu pemeliharaan terhadap kelangsungan hidup jenis manusia.
"Allah menjadikan kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan jadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu (Q.S. 16:72)"

2. Memelihara Keturunan
Dengan perkahwinan, anak-anak akan merasa bangga dengan bapa-bapanya yang menjadi keturunannya. Dalam keturunan terdapat harga diri, kemantapan jiwa dan perghormatan terhadap kemanusiaan mereka. Kalau tiada perkahwinan yg disyariatkan Allah ini, maka masyarakat akan bangga dengan anak-anak yg tidak memiliki kehormatan dan keturunan sehingga lahirnya kecelaan, kerosakan dan cara yg haram.

3. Keselamatan Masyarakat Dari Dekadensi Moral
Dekadensi moral ialah keruntuhan akhlak yg berterusan sehingga susah nk kembali ke asal. Senang cerita, keruntuhan akhlak yg begitu teruk. Jadi, dengan perkahwinan dekadensi moral dapat dielakkan
"Wahai sekalian pemuda, barangsiapa diantara kamu sudah mampu kahwin, maka kahwinlah.sebab perkahwinan itu dapat memelihara pemandangan dab lebih dapat menjaga kemaluan"

4.Keselamatan Masyarakat Dari Penyakit
kalau tak kahwin, banyak perbuatan zina akan berlaku, zina membawa penyakit syphilis, kencing nanah dan lain2 penyakit yg membunuh keturunan

5.Ketenteraman Jiwa
Perasaan sayang dan cinta pada isteri menenangkan jiwa. Layanan oleh suami/isteri dalam rumah tangga merupakan saat yang menenangkan, membahagiakan.

6.Menghaluskan Rasa Kabapaan dan Keibuan
Dengan perkahwinan, perasaan akan menjadi halus di dalam jiwa dan dari hati terpancar sumber2 perasaan mulia.


sumber : Kitab Tarbiyatul Aulad Jilid 1, Abdullah Nashih Ulwan.