Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Belajar berkongsi


Kalau kita suka sesuatu kebaikan itu berlaku pada orang lain juga, kita sebenarnya telah mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t

Contoh paling senang ilmu. Kalau kita dapat sesuatu ilmu kemudian dikongsikan pada yang lain, betapa besar rahmatnya. Lagi banyak kita kongsi lagi besar ganjarannya. Selain orang lain dapat faedah darinya, kita juga menguatkan diri sendiri juga.

Jadi, janganlah kedekut ilmu ye, pesanan untuk diri sendiri juga kongsi untuk rakan-rakan semua.

Ingat, Allah murka tau pada mereka yang bersifat kedekut ilmu ini. 

"Iaitu orang-orang yang bakhil dan menguruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnianya, dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat hina,"

Kadang-kadang kita tak sedar yang syaitan berbisik supaya kita tidak berkongsi pengetahuan/ilmu baru yang kita perolehi. Takut nanti orang tu akan dapat lebih dari dia.

Aku banyak perngalaman dalam hal ni terutama ketika aku berkelana mencari ilmu perniagaan dan percetakan dulu. (^_^)

Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat bakhil ini.. Amin!

Belajarlah berkongsi pengetahuan. Makin berkongsi, makin banyak yang kita dapat. (^_^)


Wednesday, November 27, 2013

Aku yang dianiaya...


Sedih hati ini bila dianiaya dan difitnah, lagi menyedihkan bila penjelasan kita tidak diterima. Hanya Allah tahu betapa kecewa dan sakit hati ini. Moga Allah beri petunjuk pada mereka itu..

bawah ni copy paste dari : www.dakwahsunnah.com dan Bicara Agama

firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujuraat: 6)


{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ } [المائدة: 8]
 
Artinya:  "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang akamu kerjakan."  (QS. 5:8).  






Monday, October 7, 2013

Antara Tahu dan Sedar...

 " Orang yang TAHU tak semestinya SEDAR tapi orang yang SEDAR InShaAllah TAHU "

Aku terdengat ayat diatas dalam radio IKIM.FM, hebat ayat itu.. tersentak hatiku ini. Terasa sangat ! Huraiannya begini, Kita diciptakan sebagai hamba Allah, kita dihidupkan di dunia yang sementara ini. Kita tahu bahawa kita ini adalah seorang hamba. Hamba kepada sang pencipta, ALLAH s.w.t. Kita juga tahu akan larangan dan suruhan Allah. Tetapi kita masih lagi melakukan kemungkaran, ingkar dengan suruhan dan larangan Allah.

Kenapa?

Kerana kita masih tidak sedar yang kita ini hanya HAMBA. Orang yang sedar bahawa dirinya hamba Allah, insyaAllah dia tahu apa yang perlu dia buat sebagai seorang hamba. Istilah hamba ni dia hanya patuh pada arahan tuannya. Siapa tuan kita? tentunya Allah s.w.t. Kalau kita sedar diri kita ni hamba, InshaAllah kita tahu apa yang perlu kita buat.

Nampak tak beza orang yang tahu dan sedar? Orang yang hanya tahu dia hamba belum dia sedar yang dirinya seorang hamba Allah, sebab itu dia masih melakukan kemaksiatan tanpa rasa takut, tetapi orang yang dah sedar dirinya hamba Allah, inshaAllah dia tahu apa yang tuannya (Allah) hendaki.

Maaf andai salah tulisan ku ini, Mohon dibetulkan andai salah. (^_^) sama-sama kita muhasabah diri ini. Aku up post ni sebab aku tersentuh sangat dengan ayat diatas tu.. Terima kasih untaz di radia IKIM.FM pagi tadi..





Saturday, October 5, 2013

Mengejar duniawi...


Alkisahnya aku terjaga lewat pagi tadi.. terkejut bangun, tengok jam dah pukul 8.45 pagi. Subhanallah! Lewatnya aku bangun! terus terlintas di kepala aku, argghhh, lewat masuk kerja! Kelam kabut aku pergi mandi, siap-siap untuk pergi kerja.

Masa tengah siap-siap tu, tiba-tiba terdetik sesuatu dihati ini.. Ya Allah, ampunkan hambamu ini Ya Allah.. aku belum solat subuh! Aku pun qada' solat subuh dengan segera.

Dalam perjalan ke ofis tadi, ada sesuatu bermain dibenak hati dan fikiran ini.. betapa lemahnya iman aku ini.. betapa lalainya hati aku ini.. aku lebih kejarkan duniawi yg sementara ini. Aku bergegas untuk pergi kerja kerana terlewat TAPI aku tidak kalut, boleh relax je lewat subuh.. Subhanalllah... Ampunkan aku dosa dan kealpaan ku ini Ya Allah..

Hmmmm.. kita boleh kelam kabut sebab duniawai tapi kenapa tidak kelam kabut bila lewat solat? Tandanya aku masih mengalami masalah hati...

AMPUNKAN DOSA-DOSA KU YA ALLAH....

ikhtibar buat rakan-rakan, agar tidak jadi sebegini.. sama-sama muhasabah diri .. akhirat yang kekal perlu diutamakan, bukan duniawi yg sementara ini...








Wednesday, October 2, 2013

Mati keras...




Sama-sama ambil iktibar, dan mulakan perubahan daripada sekarang! Masih belum terlambat selagi hayat dikandung badan.. 

Friday, August 30, 2013

Bukan 'Part Time'






Solat itu wajib kecuali kau GILA/TIDAK WARAS dan wanita yg ada 'cuti wajib'  (^_^). Solatlah..masih belum terlambat selagi hayat dikandung badan. 



Saturday, August 24, 2013

Pentingnya Uzlah untul Qalbu


Uzlah ialah perenungan atau dalam erti kata lain muhasabah diri. Beruzlah atau menyendiri merupakan langkah terbaik bagi mengisi qalbu (hati) yang sedang mencari jatidiri menuju Allah s.w.t. 

Rasanya semua orang pernah hadapi situasi diuji dan diduga sehingga kadang-kadang tu rasa macam dah sangat 'down' , 'giveup' sangat.. rasa kosong, tak berdaya, hanya keluh kesah yang keluar dimulut. Saat itu ramai diantara kita masih leka dan lupa untuk beruzlah. Kita hanya bertanya kenapa jadi macam ni, macamam mana nak hadapi semua ini, sampai bila nak macam ni.

Andai kita bermuhasabah diri, renung kembali apa hikmahnya disebalik kejadian itu, apa yang DIA cuba sampaikan.. In Sha Allah, hati akan menjadi tenang, masalah terasa mudah untuk diselesaikan. Tiada lagi keserabutan di benak fikiran. (^_^)







Wednesday, July 24, 2013

Kerana Tumit Kena Seksa Neraka...


Alhamdulillah berkesempatan dengar tazkirah tadi, meh Angah nak kongsi sikit. Penting ni, pasal tumit. Simple je kan? Pasal tumit tapi berat pelaksanaan dan kesannya.

Angah tak ingat apa hadis Nabi Muhammad yg Ustaz baca tadi, ia menyebut mengenai tumit. Manusia akan menerima azab seksa neraka sebab tumit kerana 2 perkara. Pertama amik wuduk tidak sempurna di kawasan tumit dan kedua tumit tidak sama semasa dalam saf solat.

Bab wuduk , dalam soal ini Nabi saw mengutuk mereka yang tidak sempurna wuduk. Maka sebaiknya kita umat Islam harus beringat antara satu sama lain kerana dalam soal yang kita anggap kecil atau remeh rupanya seksa dahsyat menanti kita. Doa minta berlindung daripada Allah hal yang tersebut.

Bila wuduk tidak sah, solat pun menjadi tidak sah. Jadi mari sama-sama kita sempurnakan wuduk kita. Jangan sekadar jirus je kaki, air memang rata tapi kemungkinan tidak kena pada rekahan tumit kita. Kulit kaki dan tumit kita tebal, ada yg merekah. Jadi kalau sekadar jirus, takut air tidak masuk celah2 rekahan tu. Bila jirus tu, usap la sampai rata.

Sama-sama kita perbaiki diri.. In Sha Allah (^_^)





Thursday, April 18, 2013

Hanya DIA Segalanya...


Kadang-kadang kita lalai dan leka dengan duniawi sehingga terlupa pada Maha Pencipta, Dia, ALLAH!. Dalam mengejar hajat dan keinginan, kita lupa yang menentukan segalanya DIA. Bila buat sesuatu tidak berlandaskan kerna Dia, sia-sialah segalanya. Bila gagal, mulalah mengeluh, putus asa dan sebagainya. Baru nak tersedar dan kembali pada Dia. Jika dari awal niat kerna Dia, In Sha Allah sempurna segalanya. Kalau gagal pun, keyakinan diri tidak akan hilang. 

Yang memberi Dia, yang menguji Dia, kita? Doa ,usaha, tawakkal, In Sha Allah ada jalannya~ (^_^)




Monday, January 28, 2013

Menuntut Ilmu vs Beribadah


Angah ada terbaca tentang tuntut ilmu dan beribadah ni... Menuntut ilmu itu wajib! Beribadah juga wajib! tetapi mana yang didahulukan? mana yang lebih afdal(lebih baik)?

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : ''Satu bab yang dipelajari seseorang lebih dicintai Allah daripada 100 rakaat solat sunat''

Ini menunjukkan betapa menuntut ilmu itu lebih besar ganjarannya berbanding amal ibadah. Malah Allah sebenarnya lebih suka kepada para penuntut ilmu berbanding ahli ibadah.

Nak beribadah kena ada ilmu, nak beramal kena ada ilmu.. tanpa ilmu, macam mana nak beribadah? betul tak? simple kan? tetapi ramai dikalangan kita malas nak menuntut ilmu~ hmmm..






Saturday, January 26, 2013

Kenapa doa aku tidak dikabulkan?


Pernah Angah terdengar rungutan seperti "aku buat macam2 dah, doa hari2, setiap waktu aku berdoa, tapi tiada hasil pun". Subhanallah

Tidak sepatutnya kita ini, seorang hamba berburuk sangka pada Yang Esa, Allah s.w.t sebab doa yang kita mohon setiap hari beulang kali masih belum dikabulkan. Sebaliknya kita perlu bermuhasabah diri, memperbaiki diri supaya lebih bertaqwa kepadaNya. Cari pada diri sendiri mana silapnya.

Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok, Dialah yang Maha Mengetahui segalanya. Jangan berputus asa, jangan berburuk sangka pada Allah.

Firman Allah,
"Dan Rabbmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada bagi mereka untuk memilih. (al-Qashash ayat 68)"

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu mengukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahu,sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah ayat 216)

Jadi, jangan berputus asa, berusahalah muhasabah diri, janji Allah pasti. Usahalah, Tawakkallah..In Sha Allah.. "Ingatlah, bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (al-Baqarah:214)"







Angah menulis berpesan pada diri sendiri, kongsi pada semua (^_^)


Jangan Kahwin dengan Wanita bersifat 6 ini...



Pesanan Untuk Lelaki, jangan kahwin dengan wanita bersifat 6 ini...

Pesan Rasulullah untuk kaum lelaki ,Jangan engkau kahwini wanita yang bersifat enam ini iaitu yang ananah, yang mananah, yang hananah, yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.

Apa itu ananah,  mananah, hananah, hadaqah, baraqah dan syadaqah?

wanita Ananah - banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

wanita Mananah - suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu.

wanita Hananah - menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

wanita Hadaqah - melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

wanita Baraqah - ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

wanita Syadaqah - banyak cakap, tidak menentu lagi bising.


# Ya Allah kau jauhkanlah isteriku dari bersifat demikian, AMIN Ya Allah...

jangan adat je diutamakan, Sunnah juga wajib diutamakan!



Kesusahan kesenangan...


Kesusahan.. kesusahan sebenarnya adalah nikmat. Nikmat yang Allah bagi supaya umatnya muhasabah diri. Cari apa hikmat yang Allah yang bagi disebalik kesusahan itu. Angah teringat ungkapan indah "Allah turunkan hujan  dan kilat... kita tertanya tanya.. ke mana perginya matahari.. rupa-rupanya  Allah  berikan kita  pelangi"

Tetapi sayang, kadang-kadang kita mengeluh, selalu mengeluh bila dalam kesusahan. Kita lupa tentang hikmah yang Allah nak bagi. Andai begitu, kita gagal sebenarnya. Tidak yakin atas ketentuannya.

Sebaliknya amat besar rahmat pada mereka yang menikmati kesusahan yang melanda. Secara tak langsung sebenarnya kesusahan mendekatkn kita pada Dia. Selalunya bila dalam kesusahan je,perkataan pertama yg kita sebut "ALLAH". betul x? (^_^)

"Makin lama kita susah, makin dekat kita dengan kesenangan.. (Tuan Ibrahin Tuan Man)"

Gambar : iluvislam.com

Kesenangan.. dalam kesenangan kita selalu lupa megucapkan 'alhamdulillah' iaitu syukur pada yang memberi (ALLAH). Kesenangan mengundang pelbagai cabaran sebenarnya. Cabaran untuk bersyukur, ajar diri besederhana,perasaan riak, ego, bangga dan sebagainya. Jangan lalai dan leka dalam kesenangan kerana ia mudah memesongkan hati. 


Peringatan untuk diri Angah,kongsi bersama. Andai salah kata-kata Angah diatas, betulkan. 
(^_^)







Friday, January 25, 2013

10 Peringatan Bumi.. Mampukah kita?


Mampukah kita? 

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa manusia sering alpa dan leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara. Beliau berkata saban hari bumi sentiasa berkata saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia dan mengingatkan manusia akan usia mereka yang semakin dekat ke penghujung kehidupan dan peringatan supaya anak Adam merenung jumlah amalan mereka untuk dijadikan bekalan selepas MATI.


Katanya sesungguhnya, setiap hari bumi menyeru kepada manusia dgn 10 perkara:-

1.Wahai anak Adam!! Berjalanlah diatas perutku, tetapi ingat engkau akan dimasukkan kedalamnya kelak!

2. Engkau melakukan maksiat diatas belakangku, tetapi ingat engkau akan diazab dalam perutku. 

3. Engkau ketawa diatas perutku, tetapi ingat satu hari nanti kau akan menangis didalam perutku.

4. Engkau bergembira diatasku, tetapi ingat satu hari kelak kau akan kecewa dalam perutku.

5.Engkau mengumpul harta diatas belakangku, tetapi suatu hari kelak kau akan menyesal kerana tidak mengumpul amal kebajikan waktu didunia dalam perutku.

6. Engkau makan benda yag haram diatasku, tetapi ingat kel;ak engkau akan dimakan oleh ulat didalam perutku.

7. Engkau angkuh dan sombong diatasku, tetapi ingat kelak engkau akan dihina dalam perutku.

8. Engkau berlari dgn riang diatasku, tetapi ingatlah engkau akan jatuh dalam keadaan dukacita dalam perutku.

9. Engkau hidup bersiram cahaya matahari,bulan dan bintang diatasku, tetapi ingat kelak kau akan tinggal dalam kegelapan dalam perutku.

10.Engkau hidup diatasku beramai2, tetapi ingat satu hari kelak kau akan berseorangan dalam perutku. 



Ingatilah bahawa kehidupan kadangkala apa yang kita anggap kita mampu buat bukan lah seperti yang kita fikirkan... Tapi seandainya apa yang kita tak mampu 
kita cuba dan berjaya itulah bukti kasihnya yang esa kepada umatnya...

Peringatan untuk diriku, ku kongsi bersama~ (^^,)






Tuesday, January 22, 2013

Rezeki yang sudah ditetapkan..

"Kesungguhanmu mengejar apa yang sudah dijamin untukmu (oleh Allah) dan kelalaianmu melaksanakan apa yang dibebankan kepadamu, itu merupakan tanda butanya bashirah (mata batin)"

Nasihat bijak diatas dari Syaikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari dalam Kitab Al-Hikam membuatkan Angah faham bahawa janganlah kita memaksa diri kita ini mengejar apa yang sesungguhnya Allah dah janji, Allah dah jamin kepada semua makhluk Dia cipta. Apa yang Allah janji? dalam bab ini 'rezeki'.

Rezeki ni Allah dah tetapkan dah pada semua makhluk ciptaan-Nya. Jadi tak perlulah kita terkejar-kejar hingga lalai dan leka tentang urusan akhirat. Ada yang mengejar rezeki sampai jiran tetangga pun bertegur sapa, Islam tidak ajar begitu. Lagi teruk sampai lalai dalam amal ibadah hingga tinggal kewajipan yg utama 5 waktu.

Janji Allah s.w.t :

"Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang yang bertaqwa." -Surah Thaaha : 132

kata seorang bijak iaitu Ibrahim al-Khawwash "Janganlah memaksa diri untuk mencapai apa yang telah dijamin (untuk dicukupi), dan jangan mensia-siakan (mengabaikan) apa yang telah diamanahkan (diwajibkan) kepadamu untuk memenuhinya."







Saturday, January 19, 2013

Jangan bazirkan kehidupan...

Hidup didunia ini singkat sahaja. Angah teringat kisah sahabat bertanya pada Rasulullah, bilakah akan berlaku kiamat, Rasulullah menunjukkan isyarat 2 jari dan berkata itulah jarak masa antara hayat dunia dan hari akhirat. Ya Allah, singkatnya masa yang ada. Cukupkah amal yang akan aku bawa.. Subhanallah..

Dunia ini hanya persinggahan untuk kita mencari bekalan yang hendak dibawa ke akhirat nanti. Akhirat adalah kehidupan yang abadi.Kita adalah hamba Allah, kalau dah nama hamba,usahlah berlagak sombong seperti bos. Lakukanlah amal ibadah kepada Allah, Maha pencipta pemilik sekalian alam.

Jangan singkatkan hidup didunia dengan pertelegahan, kebencian, perbalahan, peperangan dan sebagainya.

Hargailah masa. Jangan bazirkan masa dengan membuat perkara yang tidak berfaedah dan kemunkaran dimuka bumi Allah ini. Ingat pesan Allah, beramal ibadahlah.. (^^,)

Peringatan buat refresh diri Angah, juga Angah kongsi dengan rakan semua...






Membina rasa hormat

Berapa ramai antara kita yang mana kerana ego, bongkak, maruah diri, takut hilang hormat, berlagak mati-mati tidak mahu megaku kesilapan yang dilakukan?

Ketahuilah sahabatku, ia bukanlah seperti apa yang kita fikirkan...

Ironinya - ramai yang nak dapatkan hormat orang pada dia dengan mempertahankan yang dia memang betul walaupun salah. Kelaku seperti itulah sebenarnnya yangn buat orang hilang rasa hormat pada dia.

Ramai yang takut nak mengaku salah sendiri sebab takut orang dah tak respect nanti tetapi ramai yang tak sedar bahawa denga mengaku salah/silap sendiri sebenarnya akan membuatkan orang hormat kita.

Kalai kita mengaku silap sendiri, itu merupakan tindakan yang berani, bukan semua orang mampu buat macam tu, jadi secara lagsung atau tidak langsung, orang akan mula rasa hormt pada kita.. sayangnya ramai antara kita susah nak buat macam tu..(^^,)

Tak berani mengaku silap akan bagi tekanan pada diri sendiri sebenarnya. Kita akan rasa tertekan,gangguan emosi,takut.

Sebaliknya kalau kita mengaku silap kita, kita kan rasa lapang, lega, terlepas segala masalah...

Hati senang, orang pun senang, hormat pun dapat.. (^^,)

Friday, January 18, 2013

Kebahagiaan dan musibah

Mutiara kata,
    '' Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini,  supaya anda tidak kehilangan apa  yang anda miliki saat ini.  Dan jangan tunggu-tunggu musibah  yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda  ingin mempercepat datangnya  kesusahan dan kesedihan...''

indah kata-kata mutiara ini, pernah terjadi kat diri Angah sendiri. Mengharap sesuatu yang lebih baik sedangkan sudah dalam situasi yang baik sehingga terlepas saat-saat baik yang sedang dilalui.. alangkah ruginya terlepas saat itu, mengesal yang tiada kesudahan.. hanya tinggal kenangan...

Sebab tu ALLAH nak hamba-hambanya sentiasa bersyukur. Bila kita bersyukur dengan apa yang ada 'in sha Allah' sempurna semuanya (^^,)



Friday, January 4, 2013

Amalan-amalan Hari Jumaat


Salam Hari Jumaat...Apa khabar hari ini? Agak lama dah aku tak update blog ni.
Apapun moga semua ceria dan sihat hendaknya...Insyallah... (^_^)

Hari Jumaat yang penuh barakah ini aku nak kongsi sikit info.. moga jadi amalan kita bersama
 
Berikut saya kongsikan Amalan-Amalan 
yang Disyari'atkan pada Hari Jumaat 
iaitu :
 
1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh.
 
2. Memperbanyakkan selawat
 
3. Membaca surat Al Kahfi
 
4. Memperbanyak do'a (Abu Daud)
 
5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)
 
 
Renung-renungkan & Selamat beramal.. (^_^)


Sumber : Google Image
sumber : Google Image

Wednesday, December 12, 2012

Berhati-hati Dengan 'TETAPI'

Perkataan 'tetapi' besar bahananya jika salah guna, macam serius ja bunyinyakan? hehe (^_^)

berhati-hatilah ketika menggunakan perkataan 'tetapi' terutamanya ketika berbicara tentang perihal seseorang sebab selalunya perkataan 'tetapi' ini akan menjerumus kehaluan kiri, kearah keburukan. Biasanya perkataan 'tetapi' akan membicarakan perihal keburukan, kritikan, menyalahkan seseorang dan bidasan yang keras.

contohnya :   "Ahmad tu orangnya sopan santun tetapi.......tut..tutt.."

haaaa, see? mulalah menambah ayat/perkataan yang tidak berapa sedap didengari...

"yang suka mencaci, lagi suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)"   -Surah Al-Qalam,ayat 11

"kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji...."   -Surah Al-Humaza,ayat 1

renung-renungkanlah ~ (^_^)