Aktiviti hari kedua program Team Building bermula seawal jam 7 pagi. Berat gila rasa nak tinggalkan katil. Hahaha. Selesa sangat bilik di Cyber View Resort & Spa ni. Nanti aku cerita lain pasal bilik.
Eh, kalau belom baca part 1 boleh klik
SINI .
Pagi ni ada aktiviti Jungle Trail. Sebelum start jungle trail tu, kami ada buat beberapa aktiviti lain dulu untuk panaskan badan. Ada 1 games dan 5 obstacles course kami kena selesaikan. Games kutip bola, meniti atas tali, bergayut atas tayar, titi gantung, black hole dan wall climbing.
Games kutip bola ni team aku , X-Team kalah teruk. Hahaha. Games ni penentu untuk kumpulan mana kena bawa Mila sepanjang Jungle Trail nanti. Oh ya, siapa Mila? Mila ni sebatang kayu bewarna biru. Boleh tahan besar Mila ni. Terasa juga muscle kalau 'berdating' lama-lama dengan Mila ni. Sebenarnya Mila ni merupakan salah satu denda untuk kumpulan yang kalah dalam games yang kitorang main. Sapa kalah,dia kena jaga Mila.
Titi gantung. Games ni kami combine semua secara 1 kumpulan. Sorang kena meniti atas tali,yang lain kena tegangkan tali. Tali tak boleh cecah tanah. Tak kena cara, susah juga nak jarakkan tali dengan tanah sebab tali besar dan berat.
Wall climbing. Semua orang kena melepasi dinding tu. Games ni pun perlu kerjasama semua ahli. Pandai-pandai lah susun strategi siapa yang nak di lepaskan dulu,siapa yang last. Nampak macam mudah tapi mencabar juga nak lepaskn semua orang. Nak plak part orang last. Huh, berpeloh!
Black Hole. Games ni pun perlu kerjasama semua orang untuk lepaskan salah sorang melalui gelong tayar tu.
Selesai semua obstacles course tu, maka bermulalah jungle trail. Jarak track jungle trail ni dalam 2.8km. Sepanjang perjalanan nanti kena tempuh beberapa lagi obstacles course. Haaa.. menarik kan? Perjalanan jadi lagi mencabar bila kena tracking bersama Mila. Semput juga weh! haha
Perjalanan sejauh 2.8km ni di jangka memakan masa lebih kurang 1jam 30 minit. Apa yang kami lalui sepanjang jungke trail ni? tengok gambar bawah ni, superb awesome!!
Akhirnya berjaya juga aku tamatkan sesi jungle trail bersama Mila. Hehe. Tahniah dan alhamdulillah semua berjaya sampai penamat dengan selamat. Pengalaman yang tidak akan dilupakan bersama Mila. Haha.
Tamat aktiviti jungle trail ni maka selesai sudah aktiviti Team Building kami selama 2 hari 1 malam di Cyber View Resort & Spa ni. Tak sangka ada hutan kat kawasan ni sebab nampak macam moden je.
Penutup program Team Building adalah penyampaian sijil penyertaan oleh pihak Cyber View Resort & Spa. Yezza ! The best team building yang pernah aku join!
Untuk makluman korang, antara aktiviti yang disediakan oleh Cyber View Resort adalah seperti berikut :
- Telematch Games
- Water Games
- Team Building Games
- Obsacle Course (10 Elements)
- Water Confidence
- Jungle Tracking / Jungle Trail
- Ninght Tracking
- Motivation Camp
Korang boleh datang dan jumpa sendiri dengan Sarjan Idris atau cari Recreation Department untuk berbincang.
Maklumat lanjut korang boleh hubungi :