Pada 27.09.2014 dan 28.09.2014 lepas, aku sekeluarga sertai program Family Day Kelab Rukun Tetangga Flat Danau Kota (KRT) yang diadakan di Sri Bulan Apartment, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sudah 3,4 tahun juga KRT rancang untuk buat hari keluarga ni, baru kali hajat tercapai. Alhamdulillah. Program yang hanya 2 hari 1 malam ini sangat menghiburkan. Walaupun masa bercuti singkat sahaja tetapi kepadatan aktiviti yang diatur amat memuaskan semua orang.
Kami bertolak ke Seri Bulan Apartment, Port Dickson lebih kurang jam 1 petang dari Danau Kota. Perjalanan ke sana biasanya mengambil masa 1 jam 30 minit hingga 2 jam sahaja, tetapi menjadi hampir 3 jam kerana dalam perjalan, hujan lebat sangat-sangat hingga jarak penglihatan amat terhad. Tak nampak apa-apa. Bahaya woooo memandu dalam keadaan macam tu.
Alhamdulillah kami selamat tiba di Seri Bulan pada jam 3.45 etang lebih kurang. Pada pukul 4.00 petang, kami diberi taklimat ringkas dan sesi serah kunci bilik. Selesai semua dapat kunci, kami check-in dulu, rehatkan badan sekejap, solat dan makan. Aktiviti bermula jam 5 petang nanti.
![]() |
pandangan dari balkoni bilik aku. Cantik permandangan kolam dan laut. Seri Bulan ni sebelah je dengan Teluk Kemang. Belah kanan gambar tu la TK. Petang tu aku berjalan ikut pandai ke Teluk Kemang. |
Pukul 5 petang, semua turun berkumpul untuk aktiviti sukaneka. Pelbagai acara disediakan untuk semua lapisan umur. Dari kanak-kanak sampailah ke nenek punya acara. Semua terlibat. Meriah sangat bila dah semua peringkat umur bersukaneka ni. Macam-macam gelagat boleh tengok. Hehehe
![]() |
Selfie dulu sebelum join sukaneka. |
![]() |
haaaa, ni budah yang tak sabar-sabar nak terjum kolam! Tak hento-henti tarik ibu dia ajak pi kolam... |
Sebelah malamnya, kami bebarbeque! Ayam panggang KRT ni memang terbaik lah! Berketul-ketul gak aku repeat ambil.. hehehe. Acara makan malam kami diselang seli dengan panyampaian hadiah pemenang sukaneka petang tadi dan cabutan bertuah. Banyak hadiah yang urusetia program sediakan. Ada dekat 100 hadiah juga aku kira.
![]() |
Barbeque |
![]() |
Hadiah-hadiah. |