Showing posts with label tipu. Show all posts
Showing posts with label tipu. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Duit dalam Maybank hilang!!!


Tiba-tiba aku dapat email dan messages dari Google mengatakan baki tidak mencukupi untuk membeli aplikasi games di Google Play. Aku biarkan je, aku ingatkan messages biasa je, pastu dapat lagi messages dari Google dengan tajuk dan kandungan yang sama, baki tidak mencukupi. Aku biarkan lagi. Sekarang ni kan kerap sangat dapat messages bukan-bukan, tu yang aku biarkan kan je...

Esoknya dapat messages dari Maybank2u. Tajuk dan kandungan yang sama macam msg dari Google. Barulah tergerak hati nak semak Maybank2u, dan YA memang baki dalam akuan tinggal beberapa sen je..
Pergghhhh.. baru berderau darah cek habaq hang! Baru menggelabah nak check sana sini. Tengok Maybank statement, YA memang ada transaksi jual beli dengan Google Play menggunakan kad debit aku.

Kad aku elok je dalam warlet.. seingat aku tak de la pula kad ni pernah tercicir ke, hilang ke, cuai letak merata ke, memang selamat je dalam warlet aku ni.. Macam mana ada orang boleh gunakan kad aku ini. Aku pun terus buat laporan, terus batalkan kad tu.

Esoknya aku pergi ke Maybank untuk dapatkan penjelasan. Aku pergi Maybank Daya Bumi. Pegawai bank tu sahkan memang ada transaksi jual beli tu dan transaksi itu sah, jadi nak tahu siapa yang melakukannya kenalah buat siasatan. Kena tunggu! Kebetulan ada pegawai yg aku kenal di Maybank Dayabumi tu, aku rujuk terus dengan dia, dengan jujur dia kata, kalau macam ni, peluang nak dapat balik duit tu memang tipis,senang cakap takkan dapat katanya. Duit memang burn lah. Nasib baik dalam akaun ada RM300++ je, ralat la juga.. RM300 banyak juga tu. Aku redha je lah.

Balik dari bank, aku buat carian di internet tentang kes-kes macam ni, memang banyak kali dah berlaku. Bagaimana kebocoran maklumat kad berlaku? Logik akalnya, sapa nk tahu no kad kita selain bank kan??? YA, sekarang ni memang ada kegiatan jual beli maklumat dengan orang bank. Boleh baca di blog Mazidul, pun ada lupitan pasal kes melibatkan kad bank ni. Tak hairanlah sekarang ni kerap je orang insurans boleh call kita tanya itu ini.. ye tak??? hhhmmmmmmm

Kerana duit , kerana habuan dunia, habis integriti diri, hancur amanah, merana akhirat!!!

Hati-hati ya sahabat-sahabat semua! Jangan sampai terkena, semak lah selalu akaun anda, jangan jadi macam aku, duit dah kering baru menggelabah..huhuhu.. ujian!

Google Image



Monday, September 9, 2013

Kata Ku Nan...




Macam ni je ulasan seorang menteri? hmmmm.. bagilah jalan penyelesaian, bukan asyik kata jangan jer. Bila harga barang naik semua nak jangan. Penyelesaiannya takde. Rakyat yg susah tetap susah. APTB

Ini ketentuan Allah, kata orang tu. Hehe



Thursday, June 21, 2012

Penipuan Paling Dahsyat

" Penipuan paling dahsyat adalah bila kita sibuk melihat dan mengata kesalahan orang lain tanpa sedar ketika dok sibuk mengata tu, kita tidak sempat melihat salah diri sendiri "

perkara yang biasa, dah jadi normal dah dikalangan kita bila mengatakan hal orang... si A tu macam itu ini, si B tu macam itu ini.. dari pagi sampai ke malam, syik mambahaskan hal orang... dalam asyik mengatakan hal orang kita tak sedar, kita lalai untuk muhasabah diri, kita leka untuk menilai diri sendiri... pada saat itu kita telah melakukan penipuan yg maha dahsyat! penipuan terhadap diri sendiri!

kita sering merasakan kita tidak melakukan kesalahan, apa yg kita buat kita rasa elok dah,betul dah... kita mudah melenting bila orang mengatakan hal kita yg tak sedap didengar.. kita mudah menafikan kata2 orang pada kita, walhal kita tak sedar akan kesalahan yg kita lakukan..

sebabtu kita di ingatkan untuk muhasabah diri sebelum tidur, nilai diri kita apa yg dah kita lakukan seharian... hindarkanlah diri kita dari melakukan penipuan yg maha dahsyat ini..

janganlah sering mengatakan hal orang lain, sebaliknya banyakkanlah muhasah diri sendiri..

sekian pesanan untuk diri sendiri...