Showing posts with label unik. Show all posts
Showing posts with label unik. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Sangkar Burung dan Hasad Dengki


Cantik kan sangkar di atas? memang superb! hasil seni yang sangat halus. Setiap batang buluh tu ada ukiran tau.. sayang tak sempat snap gambar. Memang cantik dan berseni. 

Sayangnya sangkar ini terbiar begitu saja, penuh habuk dan usang. Mana tidaknya, tuan punya sangkar sudah tiada. Sangkar ini milik arwah tokwan aku. Ini sangkar kesayangan arwah. Arwah tokwan beli di Siam pada tahun 1989 kalau tak silap aku, aku baru umur 4 tahun masa tu..hehe. Tokwan beli dengan harga RM800. Mahal la jugak sangkar ni, kalau zaman tu RM800,dibanding dengan sekarang mahu RM7000-8000. WOW!

alkisahnya, aku tengok sangkar ni unik dan cantik, lagipun aku tahu sejarah sangkar ni sikit-sikit. Dari dibiar sangkar ni usang dan terbiar, aku berhajatlah nak ambil buat hiasan dirumah. Aku suarakan hasrat aku pada tok (nenek) aku.. Tok kata, ambillah...bukan sapa peduli pun sangkar tu...

Dengan perasaan yang gembira, teruja, aku ambil sangkar ni.. cuci semua kotoran, habuk, sampai bersih.. dan hasilnya macam dalam gambar. Tinggal nak gilap jer...

Petang aku balik rumah mak aku jap, sebab esoknya aku nk gerak balik KL, baru nak singgah ambil sangkar ni di rumah tok.

Esoknya bila sampai rumah tok, aku tengok sangkar dah takde! mana hilang? aku tanya tok, tok kata "paklang amik dah,dia simpan kt rumah dia"  # rumah PakLang sebelah je dengan rumah tok.

aku pergi tanya elok-elok, memang dia ambil simpan, katanya aku tak boleh ambil sangkar ni sebab dia kata dia yg pi beli sangkar ni dengan arwah tokwan dulu..

aku pun hhhhmmmmmmmmmmmmmm.. malas lah nk bising-bising, aku blah jer.. lantak ko lah...
(sungguh aih!!  hampa, sakit hati, geram, marah semua ada) andai kau bukan PakLang, aku tumbok muka ko! hehehe (gurau je).<--hasutan syaitan

aku pun malas nk panjangkan lara hati ini, aku berfikiran positif je lah.. maybe sangkar ni ada sentimental value antara dia dengan arwah tokwan kot, sebab zaman main burung dulu, memang dia ngan tokwan yg minat sangat. aku redha, kau nak kau ambil lah...

yang aku terkilan, kenapa setelah aku ambil cuci, bersihkan, baru nak ambil? kenapa sebelum aku sentuh sangkar ni takde siapa pun yg ambil peduli! hmmmm... aku kecewa, kenapalah kau berperangai sedemikian..... kau membuat aku hilang hormat pada kau, nk kata dengki pun ya sebab aku dah ambil cuci, bersihkan dah, senang-senang ja angkat... padahal rumah dia sebelah rumah tok ja pun, anytime dia boleh ambil, jaga, simpan elok-elok....







Wednesday, May 30, 2012

Gambar | Pantai Batu Berdiri

pantai yang terletak 17km dari bandar Galandzhik,Rusia menarik ramai pelangcong dengan keunikan 'batu berdiri' yang tingginya lebihkurang 20-25meter. unikkan? 
indah sungguh ciptaan Tuhan...





sumber : googlegroups

Thursday, May 24, 2012

Gambar | Kolam Terbesar di Dunia

kolam yang 1013 meter panjang, dengan menggunakan kawasan seluas 8 hektar
kolam San Alfonso Del Mar Resort di Algarrobo,Chile dinobatkan
sebagai kolam terpanjang di dunia. perghhh!! 
Kolam ni dicatatkan dalam Guinness Book of Records pada tahun 2006
sebagai kolam terpanjang dan terbesar didunia.












Thursday, May 17, 2012

Gambar | Burung 'The Royal Flycatchers'


comel kan burung ni? 'The Royal Flycatchers' namanya..
nama dalam bahasa melayu? aku pun tak tahu..hehe
kawan aku yg email tadi...aku pun share la ngan semua..
mari memuji ciptaan Tuhan (^^,)

Gambar | Beberapa Jenis Landak dan Namanya

dah lama aku tak tengok landak ni..last tengok pun masa pi jalan2 kt Zoo Negara 3 tahun lepas...hehe
jom tengok beberapa jenis landak dan nama-namanya...
comel kot! hehe (^^,)

SALT & DEPPER
Duri berwarna putih bercampur hitam. Tidak lebih dari 5% dari duri harus menjadi putih solid. Wajah putih, warna hitam di telinga dan hidung. Rambut bagian bawah berwarna putihBintik hitam perut yang sangat luas.Kulit di bahu adalah hitam legam.
 DARK GREY
Duri berwarna putih, hitam dengan campuran coklat tepi luar duri
Semua fitur lainnya sama seperti Salt & Pepper, kecuali bahwa kulit di bagian bahu adalah abu-abu gelap, hampir hitam. Hidung berwarna hitam.
 GREY
 Duri berwarna putih, hitam dengan campuran coklat tepi duri. Ada beberapa bintik dari perut dan wajah tertutup oleh hitam.Kulit di atas bahu abu-abu.Hidung berwarna hitam.
 CHOCOLATE
Duri berwarna putih, bercampur coklat gelap. Wajah tertutup oleh cokelat muda, mungkin ada bintik pucat perut dan kulit abu-abu terang di bahu. Hidung gelap, hampir hitam.
 BROWN
Duri berwarna putih, bercampur coklat terang. Tidak lebih dari 5% dari duri berwarna putih solid.Mata memiliki cincin biru muda di sekitar tepi luar (sclera). kulit di bagian bahu adalah pink dengan sedikit Pigmentasi abu-abu. Hidung ada bintik hitam.
 CINNAMON
Duri berwarna putih, bercampur cokelat kayu manis terang.
Tidak lebih dari 5% duri harus putih solid. Wajah bersih.Perut adalah bintik putih.Kulit di atas bahu adalah merah muda.
 BLACK-EYED CINNICOT
Duri berwarna putih, dengan 50% bercampur warna kayu manis dan sisanya pucat oranye krem. Kulit di atas bahu merah muda. wajah bersih. Hidung berwarna merah muda dan hati belang-belang. Mata hitam.
 RUBY-EYED CINNICOT
Duri berwarna putih,50% bercampur warna kayu manis dan sisanya pucat oranye krem.Kulit di atas bahu merah muda.Wajah bersih dan hidung pink dan belang-belang. Mata gelap ruby-merah.
 CHAMPAGNE
Duri berwarna putih,75% bercampur pucat oranye-krem, sisanya bercampur warna kayu manis.Kulit di atas bahu adalah merah muda.
Wajah bersih. Hidung berwarna merah muda dengan pinggiran hati luar.
Mata adalah ruby-merah.
 APRICOT
Duri berwarna putih, bercampur warna pucat oranye krem.Bawah body putih. Wajah bersih. Mata adalah ruby-merah. Hidung merah muda.
 PALE APRICOT
 Duri berwarna putih, bercampur warna yg sangat pucat oranye krem.Bawah body putih. Wajah bersih. Mata adalah ruby-merah.Hidung merah muda.
 SILVER
Duri berwarna putih, bercampur hitam.30-50% duri putih solid.
Wajah putih dengan warna hitam di telinga dan hidung.
Rambut bagian bawah body berwarna putih. Kulit di bahu hitam legam.
 CHARCOAL
Antara 30 dan 70% duri berwarna putih solid. Sisanya putih, hitam dengan bercampur coklat di tepi.Ada beberapa bintik di perut dan wajah tertutup oleh hitam.kulit di atas bahu abu-abu. Hidung berwarna hitam.
 SILVER CHARCOAL
Seperti CHARCOAL, kecuali bahwa duri berwarna putih, bercampur abu-abu terang.
hal lainnya sama dengan CHARCOAL.Kulit di atas bahu berwarna abu-abu gelap, hampir hitam. Hidung berwarna hitam.
 CHOCOLATE SNOWFLAKE
Antara 30 dan 70% duri berwarna putih solid. Sisanya putih, bercampur coklat. hal lainnya sama dengan Chocolate.Hidung gelap, hampir hitam.
 BORWN SNOWFLAKE
Antara 30 dan 70% duri berwarna putih solid. Sisanya putih, bercampur coklat. hal lainnya sama dengan Chocolate.Hidung gelap, hampir hitam.
 PLATINUM
Antara 95 dan 97% duri berwarna putih solid. Sisanya putih, bercampur abu-abu terang.Telinga berwarna hitam dan wajah tertutup oleh hitamKulit di atas bahu hitam legam..Hidung berwarna hitam.
 CHARCOAL WHITE
Antara 95 dan 97% duri berwarna putih solid. Sisanya putih, bercampur coklat di tepi tepi.
Ada beberapa bintik di perut dan wajah tertutup oleh hitam.
Kulit di atas bahu abu-abu.Hidung berwarna hitam.
 CHOCOLATE WHITE
Antara 95 dan 97% duri berwarna putih solid. Sisanya putih, bercampur coklat-coklat.Kulit di atas bahu adalah abu-abu terang.
Wajah tertutup oleh cokelat muda.Bintik pucat perut dapat terlihat. Hidung gelap, hampir hitam.
 BROWN WHITE
Antara 95 dan 97% duri berwarna putih solid. Sisanya putih, bercampur coklat terang.
Mata memiliki cincin biru muda di sekitar tepi luar (sclera).
kulit di atas bahu berwarna merah muda dengan sedikit pigmentasi abu-abu.Hidung berbintik-bintik hitam.
 ALBINO
Albino yang unik karena kurangnya total pigmentasi. semuanya putih tanpa banding.Wajah dan bulu berwarna putih.
Kulit merah muda dan mata berwarna merah.Hidung merah muda.
 PINTO
Pinto adalah pola warna, bukan warna,dengan demikian dapat muncul pada landak berwarna. Pola Pinto dapat dibedakan dari total kekurangan warna pada duri dan kulit di bawah yg berbeda atau bintik-bintik lebih punggung landak. Idealnya, bercak putih yang menjadi simetris antara satu sisi landak, dibagi di sepanjang tubuh dengan punggung, dan lainnya. Sisa duri – mereka berwarna banding – tetap konsisten dengan pewarnaan dasar landak.

Wednesday, May 16, 2012

Terowong Bunga-Bungaan | Taman Fuji Kawachi








cantikkan taman ni...ada tak kad malaysia? 
nak cadangknlah buat satu..hehehe
Taman Fuji Kawachi ni kat Jepun

Wednesday, April 25, 2012

Cita-cita Mohammad Faiz Imtiaz

Ahad lepas aku ke Pekan menghadiri majlis kahwin DeQno
klik sini untuk tengok ---> Kahwin DeQno

selepas majlis tu, aku singgah rumah sahabat aku Pija
kitorang study sama2 dulu di Pekan juga, Kolej Shahputra
dah alang-alang ada di Pekan, amik kesempatan ziarah kawan2 (^^,)

alkisahnya yg nk cerita ni pasal anak buah,anak saudara si Pija ni...
baru berusia 3 tahun lebih...petah sungguh..aktif! siap bersilat haaa..
Mohammad Faiz Imtiaz namanya

the best part is dia punya cita-cita! Makcik Pija dia la suruh tanya..

Aku      : Imtiaz cita-cita nak jadi ape?

Imtiaz   : Nak jadi orang tua...

Aku      : Orang tua? kenapa nak jadi orang tua?

Imtiaz   : Sebab nak pegi masjid...

Aku      : (???????) wah! 

ini kali pertama aku dengar cita-cita yang unik bg aku...
unik sebab jarang lah nk jumpa budak yg bercita-cita macam tu...
hehehe, hebat lah kamu Imtiaz

pakcik (eceh,pakcik ke?) abang lah, abg suka dengan cita-cita Imtiaz
moga kamu menjadi anak yg soleh ye Mohammad Faiz Imtiaz...(^^,)

pija Dato Hamid - kemain lagi posing..heheh
Mohammad Faiz Imtiaz  yg bercita-cita nk jadi orang tua! hehe

Monday, April 23, 2012

Gambar | Cara Tonton Titanic 3D di London

meh tengok cara orang London tonton Titanic 3D
kreatif dan unik..teruja plak aku nengoknyer..hehe